Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

13 January 2012

Kenapa orang suka blog?

credit to renjith krishnan

Blogs menjadi sangat popular pada masa ini. Sukar bagi kita untuk membayangkan jumlah blog-blog ini bertambah setiap hari. Mengapa ini berlaku? Kenapa ramai yang berminat untuk blogging? Adakah orang yang akan baca blog-blog yang dibuat setiap hari ini? Jika semua orang sibuk menulis blog, mengapa dan bagaimana mereka akan meluangkan masa untuk mencari blog-blog lain dan membaca blog lain? ? Adakah minat ini hanya satu trend, yang akan berlalu? Mari kita teliti?

Kenapa orang menggunakan blog? Kebanyakan orang menulis blog untuk mengekspresikan diri masing-masing. Para blogger pasti tahu bahawa dalam blog mereka, mereka dapat menyebarkan maklumat dan berita dengan cepat dan pantas. Ini kerana bukan senang bagi seseorang dapat menulis dalam surat khabar. Betulkan? Menulis dalam blog memberi satu kuasa untuk menulis apa-apa topik yang difikirkan oleh penulis sebagai baik untuk blog mereka. Saya menulis blog bagi menyatakan diri saya bebas untuk menulis tanpa halangan dan hasil penulisan tersebut dapat dibaca terus oleh pembaca. er.. ada yang baca ke ni??

Menulis dalam blog dan laman web adalah satu bentuk kebebasan dalam merekabentuk, susun atur dan membuat struktur penyampaian maklumat yang tidak terikat. Kebebasan ini ada pada blog. Kita bebas untuk membuat post tanpa perlu dikawal oleh mekanisma pemantau sebelum artikel tersebut boleh dibaca oleh umum. Kita boleh taip, simpan, kemaskini dan delete post yang kita buat tanpa perlu meminta kebenaran dari pihak atasan. Berbeza dengan surat khabar.. Dah publish (cetak) tidak boleh dibuang.

Adakah orang akan baca blog? Adakah cara kita untuk mempopularkan blog kita? Soalan yang sukar dijawab. Bergantung kepada masing-masing. Ini disebabkan adalah sukar untuk meluangkan masa (mengutamakan pekerjaan lain) dan submit blog tersebut. Sukar untuk kita menaikkan rangking di laman carian.Hanya enjin carian tahu rahsia itu dan yang lain hanya spekulasi. Tetapi ramai pakar-pakar yang diluar sana tahu caranya.

Kita banyak membaca artikel-artikel yang ditulis mengenai tajuk Blog. Memang banyak yang membincangkan tajuk blog ini tetapi perbezaan pendapat masing-masing akan menyebabkan kita terlebih maklumat sehingga kadang-kadang keliru dengan apa yang cuba disampaikan. Satu lagi isu sebelum anda membuat keputusan yang anda akan buat untuk mempopularkan blog anda, Kaji dan fikir semula - sama ada anda sering mengunjungi blog lain dan membaca blog tersebut? Ramai yang membuat blog tetapi malas untuk membaca blog orang lain. Nah.. ini pun adalah satu penyakit? Penyakit dimana mahu orang lain baca blog tapi malas baca blog orang lain.

Walau apa pun, dengan blog, hati kita puas dengan apa yang kita buat tanpa sekatan. Publishlah apa sahaja yang difikirkan elok untuk pembaca dan memberi maklumat dan infomasi yang sangat berguna kerana apa yang kita berikan mungkin membantu seseorang yang sedang membaca artikel anda.
Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

14 comments:

Post a Comment

Backlink